Assalamualaikum.... hari ni sgak kelam kabut. Ali demam malam tadi, but dh kebah sikit pagi ni. Adam pulak DIAAme risau psl telinga dia. Bernanah dr hr sabtu amik ubat, antibiotik dan ubat titis tp masih kuar nanahnya cuma kurang dh sikit. So pagi2 DIAAme bw ank2, dua org tu pegi klinik. Dgn gagahnya bw ank kecik dua org gi klinik. sambil bw keta pegang Ali yg memanjat dr carriernya. Adoila punya mencabar. Alhamdulillah selamat sampai dan kami patient pertama weehoo....!!
Telinga adam bernanah tu amat merisaukan. Panik pulak bila Doktor ckp berpunca dari selsema dia xbaik2. terfikir pulak dulu ms DIAAme ni kecik2 xde pulak jd mcm tu...Sbb DIAAme ni, mak jg sendiri kot. Kesian pulak kt ank2. Rs bersalah pulak coz DIAAme keja. Huhu...
Dr cakap selsema hingus tu berkumpul masuk ke ruang telinga, coz saluran hidung, telinga, tekak ni bersambung. Hingus tu berkumpul kt telinga ada jangkitan then bengkak kt gegedang n pecah kuar nanah. Buat ms ni doktor just bagi
1. ubat titis with antibiotik (bkn ubat titis biasa)
2. Antibiotik utk makan
3. ubat selsema
4. ubat batuk
Hmm...keluhan sikit..sebab adam tu sgt susah mkn ubat. Punya la bijak pandai kuarkn ubat dgn cuba muntah. Adoila cabaran berat nk bg dia ubat pulak. Berdoa je la.
Doktor ada suggestkan utk dptkn suntikan utk elakkn telinga bernanah ni berulang, lupa pulak nama suntikan tu. Tp kos nya mahal juga dlm rm200 lbh. Suntikan ni pntg n asa juga cuma mahal sgt gomen xbg subsidi. But DIAAme plan nk amik tuk adam. panik tgk lubang telinga dia penuh dgn nanah. Putih je, n xde lubang. Huhu.
But lps balik klinik DIAAme jd risau n xbole buat keja. google psl telinga gegendang pecah n nanah. Ini yg DIAAme dpt..
Manual Rawatan Gamat Terapi : Telinga Bernanah
Masalah telinga bernanah sering berlaku pada kanak-kanak
yang menghidapi selsema. Ini adalah kerana liang yang menghubungkan
hidung dan telinga (Eustachius tube) adalah pendek dan memudahkan
pergerakan hingus (bersama-sama kuman) bergerak ke telinga memandangkan
hidung tersumbat. Ia akan menjangkiti telinga dalam dan mengeluarkan
nanah yang akan membocorkan gegendang telinga. Jika kebocoran itu
kecil, maka ia akan tertutup sendirinya apabila jangkitan tersebut
sembuh. Tetapi jika kebocoran itu besar maka lubang itu akan kekal
dan menyebabkan masalah pendengaran.
Rawatan moden menggabungkan penggunaan antihistamina
spt Actifed dan antibiotik spt Bactrim sering dapat melegakan masalah
telinga bernanah. Sementara lubang pada gegendang perlu dijalan
pembedahan menampal dengan menggunakan kulit luaran.
Gamat membantu dengan kesan antihistaminanya yang
mengelakkan dari Eustachius tube tadi menjadi tersumbat. Sementara
kesan lawan radangnya dapat melegakan inflammasi telinga dalam.
Kesan cell growth factor pula membantu membaik pulih gegendang telinga
yang bocor. HGH juga mempunyai kesan membantu membaikpulih luka
dengan segera. Vitamin A dan Zink di dalam C3 Spirulina membantu
pemulihan luka pada gegendang yang rosak.
DISYORKAN :
1. Pati Gamat Plus @ Pati Gamat Plus Vita 1 sudu besar 2 kali sehari
(Peringatan: Jika anda ada alahan pada perisa Oren, sila gunakan Pati Gamat Plus)
2. Bioseed (optional) 1 paket 2 kali sehari
(Makan 1/2 jam sebelum makan pagi dan malam dan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari supaya Bioseed boleh bertindak dengan baik)
3. C3 Spirulina 1 sudu besar 3 kali sehari @ 2-3 sudu 1 hari
(1-3 sudu besar dibancuh dengan segelas air kosong - bergantung kepada tahap kepekatan yang diingini)
Hahaha..nk tergelak rs. Coz neneknya si Adam ni stokis gamat emas la... Hihi...bole xtau pula. dan all those supplement ada kat umah. The main problem bkn nk dptkn ubat, mcm mna nk pujuk Adam mkn ubat. Huhu.....
Ok. All the best DIAAme.... Hrp sgt cpt sembuh dan xde pape.
No comments:
Post a Comment